Saya
ada menerima e mail yang menerangkan tentang airmata Nabi Adam `alaihis
salam. Ramai orang yang percaya kepada cerita-cerita seperti ini kerana
ianya disebut dalam buku-buku agama. Mungkin orang ini membaca dari
kitab yang dibeli dikedai buku agama. Pengarang buku itu pula mungkin
mengambilnya dari kitab lain, antaranya dari kitab
kuning ( kitab jawi klasik).
Setelah
menerima mesej begitu maka saya pun mula membuka kitab-kitab jawi
koleksi saya dan akhirnya saya menemuinya dalam sebuah kitab kuning
yang berjudul “ Jam`ul Fawaaid”, muka surat 255 , cetakan matba`ah Bin
Halabi, Patani, Thailand.
Dibawah ini saya salinkan untuk anda semua :
“ Maka pertama orang yang menangis daripada makhluq Adam `alaihis salaam tatkala turun daripada syurga  kepada
bumi maka menangis tiga ratus tahun dan tiada mengakatkan kepadanya
kepada langit kemudian daripada yang demikian itu malu daripada ALLAH
Ta`ala dan sujud ia satu sujud diatas bukit Hindi seratus tahun
menangis ia hingga keluar matanya pada bukit serindib maka ditambahkan
ALLAH pada demikian bukit itu daripada air mata Dardhi dan Qoronful dan
jadilah burung  demikian bukit dan meminum sekali burung pada satu hari akan  air
matanya Adam `alaihis salaam dan berkata ia meminum akan air laut dan
air didarat dan air hujan dan tiada kami meminum akan minuman yang
terlebih manis daripada air ini maka menyangka Adam bahawasanya segala
burang mempersenda-senda akan dia maka sembah Adam hai TUHAN ku telah
kau kerasi atasku segala burung mampersenda- sendakan daku sebab aku
mengena maksiat akan dikau maka mewahyu Adam bahawasanya tiada aku
jadikan minumannya yang terlabih lazat daripada air mata orang yang
berdosa “.
Maksudnya setelah saya edit :
Orang
yang pertama menangis dari kalangan makhluq ialah Nabi Adam `alaihis
salaam ketika turun dari syurga ke bumi. Nabi Adam `alaihis salam
menangis selama 300 tahun dan setelah itu dia tidak pernah mendongak
kepalanya ke langit kerana malu kepada ALLAH Ta`ala. Nabi Adam `alaihis
salam juga bersujud dengan satu kali sujud diatas bukit Hindi selama
100 tahun. Air mata Nabi Adam `alaihis salam membasahi bukit Serindib
sehingga ALLAH jadikan dari air matanya itu Dardhi dan Qoronful (bunga cengkih) dan burung di bukit itu menjadi Towawis ( burung merak ).
Pada suatu hari semua burung meminum air mata Nabi Adam `alaihis salaam lalu berkata :
“ Kami sudah minum air laut, air di daratan dan air hujan tetapi kami
belum pernah merasai air yang terlebih manis daripada air ini . Apabila
Nabi Adam `alaihis salam mendengar percakapan burung-burung itu maka
dia menyangka bahawa burung-burung itu mempersenda-sendakannya (
memperlinya) lalu dia mengadu kepada ALLAH, ujarnya : “ Wahai TUHAN ku
! Engkau telah menjadikan semua burung mampersenda-sendakan daku kerana
aku telah melakukan maksiat kepada MU (dengan memakan buah yang
dilarang). ALLAH mewahyukan kepada Nabi Adam dengan firman NYA : “ AKU
tidak jadikan minuman yang terlebih lazat daripada air mata orang yang
berdosa..
Adapun kalimah “Dardhi “ , saya tak pasti apakah maksudnya . namun begitu saya rasa sejenis rempah juga seperti bunga cengkih.
Pengarang
kitab ini , iaitu Al marhum Shwikh Daud Al fatani tidak menyatakan dari
mana cerita berkaitan dengan berkaitan air mata Nabi Adam `alaihis
salam ini .
Sewaktu saya belajar di sekolah pondok dahulu pada tahun-tahun 70an  ,
saya memang mempercayai cerita-cerita pelik seperti ini (banyak lagi
cerita pelik yang saya tidak nyatakan disini). Oleh itu maka tidak
hairanlah ramai guru-guru agama yang menerima pendidikan di pondok
menceritakan cerita-cerita pelik seperti ini dan akibatnya ramailah
juga orang yang mempercayainya kerana diceritakan oleh guru-guru agama.
Mustahil mereka menipu atau mereka-rekakan cerita atau ianya hanyalah
dongeng.
Memang
guru-guru agama ini tidak menipu kerana mereka bercerita bersumberkan
kitab ini atau kitab-kitab yang seumpamanya seperti kitab “ Qasosul
Anbia` “.
Namun begitu yang silapnya mereka
tidak menyatakan bahawa “ Tersebut dalam kitab sekian sekian cerita
berkaitan denagn air mata Nabi Adam “.
Apabila
mereka tidak menerangkan begini maka ramai juga orang yang menganggap
bahawa cerita itu cerita yang benar bersumber dari hadith Nabi.
Mereka tidak menyatakan seperti ini kerana 2 sebab:
Mungkin
mereka juga percaya bulat-bulat kerana mereka menyangka semua yang
tercatit dalam kitab adalah benar lebih-lebih lagi ianya dikarang oleh
`alim besar.Oleh itu mereka mesti menyampaikannya kepada orang
ramai.sebab itu tidak mustahil kalau ada antara mereka yang berkata :
Kalau tak percaya kepada kitab hukumnya kafir.
Kata-kata
seperti ini adalah salah kerana perkataan ‘ kitab ‘ yang disebut itu
bukan merujuk kepada al Quran tetapi merujuk kepada kitab yang ditulis
oleh ulama.
Mungkin
mereka tidak tahu bagaimana nak merujuk kepada hadith-hadith sahih atau
dhaif kerana mereka tidak mendalaminya atau mereka hanya pandai membaca
kitab jawi sahaja dan tidak lancar membaca kitab yang berbahasa `Arab
sedanglkan ilmu yang berkaitan dengan hadith tak banyak ditulis dalam
bahasa melayu.
Untuk
pengetahuan semua, banyak cerita-cerita yang pelik sebenarnya diambil
dari riwayat ‘Israiiliyyat” iaitu diambil dari kitab Taurat (Old
Testament).Untuk keterangan lanjut sila lihat tajuk khusus berkenaannya
dibawah.
Pengarang
kitab-kitab Tafsir dan kitab-kitab agama memasukkan cerita-cerita ini
didalam kitab tafsir mereka. Oleh itu sekiranya kita baca kitab-kitab
tafsir yang memuatkan cerita-cerita pelik ini maka ada diantara kita
yang menyangka cerita-cerita ini sebahagian dari tafsir al Quran.
Kerana
itu , sekiranya kita membaca kitab tafsir maka hendaklah kita teliti ,
sebagai contoh dalam kitab tafsir Al Baidhawi . Kitab Tafsir al
Baidhawi ini sangat popular di kalangan pelajar sekolah pondok di
Malaysia dan pesantren di Indonesia . kitab ini berasal dari bahasa
Arab dan telah diterjemahkan oleh al marhum Sheikh Abdul Rauf bin Ali  al Fansuri al Singkili atau Sheikh Abdurrauf  kuala, salah seorang ulama besar Acheh.
Tidak diketahui tarikh lahirnya tetapi kitab ini dicetak buat pertama
kali di Istanbul (Turki) pada tahun 1302 H (1884 M). Kitab yang ada
ditangan saya ialah dicetak di percetakan Sulaiman Mar`ii tahun 1951
dan saya mempelajarinya sewaktu menuntut dipondok Sungai Durian, Kuala
Krai, Kelantan ( sila lihat laman web http://www.pondoksgdurian.com/ )<o:p></o:p>
Sheikh Abdul
Rauf ini merupakan seorang tokoh agama, ahli tasawuf, negarawan dan
karyawan. Beliau dilahirkan di Singkel, utara Fansur (Pantai Barat
Sumatera). Mengenai tarikh kelahiran beliau tersebut, terdapat beberapa
riwayat yang berbeza. Ada yang<o:p></o:p>
menyatakan
bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1001H/1592M, ada yang menyatakan
bahawa beliau dilahirkan pada 1024H/1615M, dan ada yang menyatakan
bahawa beliau dilahirkan pada tahun 1029H/1620M. Bagaimanapun, tiada
percanggahan tentang tarikh wafatnya iaitu beliau meninggal dunia pada
tahun 1106H/1695M di Kuala Sungai Aceh (Mahayuddin 1986: 44).<o:p></o:p>
Sebagai penulis tafsir paling awal di Nusantara, karya beliau tersebar ke seluruh wilayah Melayu-Indonesia.<o:p></o:p>
Didalam
kitab tafsir al Baidhawi ini disebut cerita tentang 2 orang Malaikat “
Harut dan Marut “. Namun begitu pengarang kitab Tafsir ini menyebut : “
kata pengarang tafsir ath Tha`labi bahawa Malaikat Harut dan Marut  …….. “
Apa
yang kita faham dari kata pengarangnya : “ diceritakan “ . Ini bermakna
bukannya diambil dari hadith Nabi tetapi dari sumber lain.
Namun
begitu ramai guru agama apabila menafsirkan ayat –ayat ini (kisah ini
disebut dalam suratul Bqaqarah ayat 101) , terus sahaja menceritakan
tentang 2 malaikat ini dan mereka tidak menyatakan : “ diceritakan
bahawa …… “ atau “ mengikut ceritanya bahawa ….. “ .
Oleh kerana mereka tidak menyebut seperti ini maka pendengar ceramah akan menyangka itu adalah cerita yang benar sedangkan  cerita itu adalah dari kisah “ Israaiiliyyah “.
PENGARUH ISRAIILIYYAT KE ATAS KITAB TAFSIR<o:p></o:p>
Kemasukan Israiliyyat ke dalam tafsir bermula dengan kemasukan thaqafah (peradaban) Bani Israil (yang berhijrah ke Semenanjung `Arab) ke dalam thaqafah Arabiyyah di
zaman Jahiliyyah. Bangsa Yahudi ini membawa bersama-sama mereka
ilmu-ilmu dan pengetahuan yang diambil daripada kitab-kitab agama
mereka, dan segala perkara yang berkaitan dengannya daripada
huraian-huraian, dan juga yang mereka warisi daripada satu generasi ke
satu generasi daripada nabi-nabi mereka dan pendita-pendita mereka.
Mereka mempunyai tempat yang dinamakan al-midras iaitu
sekolah-sekolah tempat mereka mempelajari setiap perkara yang diwarisi.
Mereka juga mempunyai tempat-tempat ibadah dan syiar agama mereka.            <o:p></o:p>
Kemudian,
datang ajaran Islam dan kitab ALLAH yang terkandung di dalamnya ilmu
dan agama. Seruan Islam lahir dan tersebar di kalangan penduduk
Semenanjung Arab. Pada zaman Rasulullah Sallallaahu`alaihi wasallam
pusat negara Islam adalah al Madinatul Munawwarah. Untuk mendidik para
sahabat, majlis-majlis ilmu pada zaman Rasulullah Sallallaahu`alaihi
wasallam ini dilakukan di Masjid Madinah. Di kota Madinah dan di
sekitarnya tinggal bermuqim beberapa golongan Yahudi seperti Bani
Qainuqa’,Bani Quraizah, Bani Nadhir, Yahudi Khaibar, Taima’dan Fadak.<o:p></o:p>
Terdapat
di kalangan ulama Yahudi atau ahli Kitab di Madinah yang memeluk Islam
seperti Abdullah bin Salam Radhiallaahu `anhu. Beliau dan orang
sepertinya menjadi tempat rujukan sahabat untuk bertanya secara
terperinci tentang kisah-kisah yang sama yang juga disebut di dalam al
Quran dan Taurat. Namun begitu<o:p></o:p>
para
sahabat Radhiallaahu `anhum tidak menerima bulat-bulat apa yang
diceritakan kepada mereka. Malah mereka menapisnya dengan akal dan juga
syara`. Mereka hanya menerima apa yang diterima oleh akal dan syara`
dan menolak sekiranya bercanggah dengan keduanya. Seterusnya mereka
berdiam diri terhadap perkara-perkara yang tidakjelas tentang benar dan
salahnya.<o:p></o:p>
Ibnu
Khaldun (1968, 1: 786-787) menyatakan apabila timbul keinginan di
kalangan orang-orang Arab untuk mengetahui tentang permulaan kejadian
makhluq dan rahsia kejadian, mereka cenderung bertanya ahli kitab dari
kalangan Yahudi dan Nasrani. Majoriti mereka adalah dari suku bangsa
Humair.Apabila mereka memeluk Islam, pengaruh daripada ajaran agama
mereka yang berkaitan dengan asal kejadian makhluq, cerita-cerita
tentang peperangan dan sebagainya masih kuat dalam diri mereka. Antara
golongan mereka ialah Ka’abul Akhbar, Wahab bin Munabbih, dan Abdullah
bin Salam. Radhiallaahu `anhum. Kerana inilah cerita-cerita
Israiiliyyat yang terdapat dalam kitab-kitab tafsir dipenuhi dengan riwayat-riwayat daripada mereka.<o:p></o:p>
Banyak lagi cerita-cerita lain yang dimuatkan dalam kitab-kitab tafsir yang saya tidak sentuh disini seperti cerita Nabi Ayyub sakit sehingga tinggal lidah dan hati, Nabi Daud yang merampas isteri orang, cerita ular yang menolong Iblis masuk ke syurga untuk menipu Nabi Adam dan Hawwa`, kisah Talut dan Jalut  (al Baqarah 2: 248), Kisah Nabi Sulaiman dengan Puteri Balqis, Kisah Nabi Syu’aib dan Nabi Musa dan lain-lain lagi.
Cukuplah
sekadar beberapa contoh yang saya paparkan disini sekadar peringatan
kepada kita sesama umat Islam. Saya harap penerangan ini bermanfaat
kepada diri saya dan anda semua. WALLAAHU `AA`LAM
Terlebih
dahulu saya minta maaf sekiranya message ini mengganggu anda.Tujuan
saya menghantar message ini ialah untuk memberitahu tentang ibadah
`umrah.
Sebelum saya menjelaskan tentang umrah eluklah saya
memperkenalkan diri saya dahulu. Saya adalah saudara anda sesama Islam.
Nama saya Mohd Nasir dan orang panggil saya ustaz Nasir, manakala
nickname naasiha itu adalah short form nama saya dan bapa saya
(mengikut ejaan dalam bahasa arab ). Saya bekerja sebagai pensyarah di
IPT .Saya adalah bekas graduan dari Universiti Islam Madinah 1980-1985.
Mengerjakan umrah merupakan hasrat setiap muslim dan
muslimah. Namun begitu ramai yang telah mengerjakan umrah menyangka
ibadah yang mereka kerjakan sudah menepati apa yang di lakukan oleh
Nabi Sallallaahu`alaihi wasallam. Sewaktu mengerjakan umrah mereka
telah pun membaca atau menghafaz semua doa' yang dimuatkan
didalam-kitab- kitab haji dan umrah yang melambak dijual di kedai-kedai
buku. Adakah ini yang dituntut ketika mengerjakan umrah sedangkan hanya
sebilangan kecil sahaja doa' yang diamalkan oleh baginda Sallallaahu`
alaihi wasallam, apakah doa-doa itu? Adakah boleh kita menyaringkan
suara sewaktu tawaf sebagaimana dilakukan oleh sebahagian jama'ah atau
Mutawwif (pembimbing ), yang dapat mengganggu orang lain yang sedang
khusyu` melakukan tawaf ? Inilah yang menjadi salah satu sebab mengapa
saya mengajak saudara kita sesame Islam mengerjakan umrah bersama saya.
Kerana yang paling penting sekali didalam mengerjakan umrah
adalah melaksanakan umrah dengan cara yang betul.Sekarang ini memang
banyak syarikat dan penganjur yang mengendalikan umrah tetapi apa yang
saya lihat ramai pembimbing syarikat dan penganjur melakukan kesilapan
sewaktu membimbing jemaah
Oleh kerana saya bekerja maka saya
tak boleh lah mengerjakan umrah sepanjang tahun. Sejak saya mula
membawa jemaah umrah bermula pada tahun 1994 saya hanya mengerjakan
umrah 1 kali sahaja setahun kecuali tahun 2004 dan 2006 sebanyak 2
kali.
Pada tahun ini, insha` ALLAH saya mula bercuti pada
15.3.08 sehingga 6.6.08. Cadangan saya nak mengerjakan umrah sambil
melawat Jordan
untuk melihat laut mati, ashabul kahfi dan
lain-lain lagi. Saya pernah ke Jordan pada tahun 1994, 1995,1996 dan
2007. 4 Kali pergi ke Jordan
dalam perjalanan ke Makkah. Saya
pergi ke Jordan kerana orang-orang yang ikut saya nak melawat Baitul
Maqdis. Alhamdulillah kami dapat melawat Baitul Maqdis tahun 1995 dan
1996.
Setelah itu pada cuti sekolah bulan Mei 2008, insha`
ALLAH sekali lagi saya akan mengerjakan umrah sahaja atau UMRAH/KAHERAH
atau UMRAH/JORDAN dan mungkin melalui Jordan juga atau berpecah
sekiranya ada ramai jemaah, tertakluk kepada permintaan. Kalau ramai
yang nak ikut serta, satu group ke Makkah sahaja dan satu group lagi
Umrah dan ziarah ke negara Arab yang lain .
Walaubagaimana
pun saya lebih suka kalau anda ikut saya pada hujung March atau bulan
April ini kerana pada musim cuti sekolah, selain harga tiket naik 200RM
-300RM, jemaah umrah juga sangat ramai nanti terutamanya dari Malaysia
. Mengikut perangkaan tahun-tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia
membanjiri Makkah pada musim cuti sekolah Mei/Jun,
Alhamdulillah, setiap tahun saya mengerjakan `umrah sambil mengembara ketempat lain.
- Tahun 1994 umrah/Jordan.( 15 hari – 2 malam di Amman,Jordan )
.Jumlah jemaah 15 orang. dan harga pakej 3200 RM.
Tahun 1995 umrah/Jordan/Baitul Maqdis ( 18 Hari - 1 malam
diAmman,Jordan, 2 mlm Baitul Maqdis ) . Jumlah jemaah 14 orang dan
harga Pakej 3800RM
- Tahun 1996 umrah/Jordan/Baitul Maqdis 15 hari
(tak puas pergi sekali ke Baitul Maqdis lebih-lebih lagi ianya tempat
suci yang ketiga selepas Makkah dan Madinah ). Jumlah jemaah 11 orang
dan harga Pakej 3600 RM
- Tahun 1997 umrah/ Lubnan ( 14 hari ). Jumlah jemaah 6 orang dan harga pakej 3300 RM
- Tak pergi kerana tak ada rezki. Semuanya ALLAH yang tentukan.
Tahun 1999 umrah/Istanbul lagi kerana tak puas melawat Istanbul pada
kali yang pertama. Jumlah jemaah 9 orang dan harga Pakej 3600 RM
- Tahun 2000 tak pergi kerana tiada rezki.
Tahun 2001 umrah/ Istanbul/ Mesir.(18 hari – 2 hari Istanbul dan 5 hari
di Kaherah ) . Jumlah jemaah 8 orang dan harga Pakej 4000 RM.
- Tahun 2002 umrah/Dubai.( 14 hari ).Jumlah jemaah 11 orang dan harga Pakej 3300 RM
Tahun 2003 umrah/ Dubai ( 14 hari ) . Jumlah jemaah 10 orang dan harga
Pakej 3400 RM dan awal Ramadhan umrah/mas 15 hari.. Harga pakej 4000 RM
( peak season ).
- Tahun 2004 umrah/Bahrain ( 15 hari )
Jumlah jemaah 7 orang dan harga Pakej 3500 RM dan pada bulan March 2004
saya pergi ke China selama 9 hari.
- Tahun 2005 umrah/ Berunai ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 23 orang dan Harga Pakej 3600 RM
Mei 2006 umrah/Qatar ( 15 hari ) . Jumlah jemaah 25 orang dan harga
Pakej 4100 RM dan cuti sekolah Jun 2006 ( 14 hari ) .Jumlah jemaah 9
orang dan harga Pakej Harga Pakej 4300 RM ( Peak season ).
- Cuti sekolah Mei 2006 umrah/Amman ( 14 hari ) Jumlah jemaah 25 orang dan harga Pakej 5000RM
Buat
masa sekarang kita tak tahu lagi bilakah visa umrah mula dibuka. Oleh
itu saya tak galakkan pergi pada awal bulan March dan tengah bulan
March. Saya pula bercadang nak pergi pada hujung bulan March atau awal
April dan cuti sekolah Mei nanti. Sekarang ini saya masih menunggu
jawapan dari jemaah tentang tarikh yang sesuai untuk pergi.
Berkaitan
masalah harga pula, buat masa ini saya tak dapat nak tetapkan harga
lagi kerana sehingga sekarang semua syarikat penerbangan belum
mengeluarkan harga lagi. Apa yang anda lihat iklan dalam suratkhabar
hanyalah anggaran mereka sahaja dan besar kemungkinan besar harganya
akan berubah apabila syarikat penerbangan mengeluarkan harga nanti.
Begitulah yang berlaku setiap tahun, ada yang tertunda , ada yang
terkandas dan bermacam-macam kes yang berlaku. Mereka berlumba-lumba
mengiklankannya walaupun harga tiket tak disenaraikan oleh oleh
syarikat-syarikat penerbangan kerana berebut-rebut nak mencari
pelanggan dan mengikat mereka.
Insha` ALLAH , saya akan
senaraikan harganya sebaik sahaja semua syarikat penerbangan
mengeluarkan harganya. Cuma kalau anda nak kan anggaran harga insha
ALLAH saya boleh berikan Biasanya harga pakej ketika cuti sekolah
biasnya naik antara 200 RM - 300RM. Masalah disini bukan terletak pada
harga , walau pun harganya naik tetapi ramai orang yang ada masa pada
waktu itu.
Masalah yang rumit pada waktu cuti sekolah ialah
untuk mendapatkan seat pesawat kerana terlalu ramai orang nak pergi
cuti sekolah.Mengikut rekod tahun lepas seramai 15000 rakyat Malaysia
mengerjakan umrah sewaktu cuti sekolah. Bayangkanlah berbelas ribu
rakyat Malaysia mengerjakan umrah cuti sekolah, oleh itu semua pesawat
yang beroperasi ke Jedah tak dapat nak menampung jemaah yang begitu
ramai. Setiap tahun ramai jemaah yang nak pergi betul-betul dalam cuti
sekolah terkandas dan penerbangan mereka terpaksa ditunda
Saya
hanya boleh berikhtiar melalui kawan saya yang bekerja dengan syarikat
Saudi airlines dan saya telah pun menempah tiket untuk 25 seats. Kawan
saya yang bekerja di syarikat Saudi Airlines , Jedah akan uruskan
confirmation ticket dari sana.
Pada tahun ini saya belum
buat keputusan lagi nak ziarah ke mana selepas selesai umrah. Ada
beberapa tempat yang dicadangkan seperti Kaherah, Istanbul, Jordan atau
Syria. Sekiranya ke Jordan , kalau ada rezki boleh menziarahi Al
Masjidil Aqsa .
Kalau tak dapat melawat Baitul Maqdis kita
boleh melawat Amman , Jordan seperti melawat laut mati, Gua Ashaabul
kahfi, maqam Nabi Shua`ib
( Wallaahu `aa`lam ) , Roman
Amphiteater dan lain-lain tempat lagi. Sekiranya ada cadangan nak
melawat Dimasyq ( Damshiq ), Syria bagus juga kerana Damshik juga
merupakan satu destinasi yang penting kerana ianya sebagai pusat
pemerintahan Bani Umayyah selepas pemerintahan Al Khulafa` Ar Raashidin
. Banyak kesan peninggalan zaman silam dan kesan Bani Umayyah di
Damshik. Dari Amman, Jordan ke Damshiq hanya 2 atau 3 jam perjalanan
dengan bas dan rakyat Malaysia tidak perlu mohon visa memasuki Jordan
dan Syria.
Walaubagaimana pun lawatan ke Baitul Maqdis atau
Damshik, Syria ini diatas perbelanjaan sendiri . Saya tak tahu lagi
berapa bayarannya kerana urusan ke Baitul Maqdis dibuat setelah kita
sampai di Jordan . Begitu juga lawatan ke Syria tetapi saya anggarkan
dalam 500 RM. Ada pun lawatan ke Jordan , harganya termasuk dalam harga
pakej yang akan saya tentukan selepas dapat harga tiket dari airlines
nanti.
Lawatan ke Baitul Maqdis juga tertakluk kepada
kelulusan. Ada orang takut nak masuk Baitul Maqdis kerana tidak aman.
Sebenarnya ramai orang yang tak faham. Baitul Maqdis ialah sebuah
daerah. AlMasjidil Aqsa terletak dalam daerah Baitul Maqdis Lama ( Old
jurusalem). Al Masjidil Aqsa adalah kawasan yang selamat. Kalau tak
selamat awal-awal lagi
( sebelum memasuki Baitul Maqdis )
kerajaan Jordan akan menutup boarder. Bayaran untuk ke Baitul Madis
pula mahal. Sewaktu saya pergi tahun 1995 dahulu saya dan 14 orang lagi
jemaah kena bayar 200USD untuk pakej 3 hari 2 malam di Baitul Maqdis,
manakala tahun 1996 pula, saya dan 10 orang lagi jemaah dikenakan
bayaran 150USD untuk 2 hari 1 malam . Yang mahal sebenarnya wang
hangus, iaitu cukai masuk 27USD,
cukai keluar 25USD dan bayar
kepada kementerian Dalam negeri Jordan (boader tax ) 20USD. Kalau tak
ada cukai2 ini memang murah harganya.
Walaubagaimana pun tahun
lepas sewaktu kami sampai di Amman saya dapat tahu dari travel egensi
di Amman bahawa procedure untuk ke Baitul Maqdis sangat ketat
terutamanya terhadap jemaah dari Malaysia.Sebab itulah saya katakan
kalau ada rezki kerana bukan semua orang yang masuk Jordan boleh
melawat Baitul Maqdis.
Saya rasa amat gembira bila pertama
kali dapat menjejakkan kaki ke AlMasjidil Aqsa kerana memang saya
bercita-cita sejak kecil lagi untukmelawatnya , setelah tok guru
dipondok saya belajar di Kelantan menceritakan kisah lawatannya ke
Baitul Maqdis pada tahun 1965. Ketika itu Baitul Maqdis masih dibawah
kawalan kerajaan Jordan . Hanya pada tahun 1967 kerajaan Yahudi
merampasnya dalam perang 6 hari sahaja. Sungguh sayang tempat suci
ketiga jatuh ke tangan yahudi laknatullaah. Saya rasa sayu sewaktu
berada dalam Al Masjidil Aqsa untuk menunaikan solat maghrib dan`isha`.
Lama saya terpaku , amat sedih sekali, sama seperti kali pertama kita
terpaku dihadapan Kaa`bah. Keesokannya saya mendengar azan sayup dari
Al Masjidil Aqsa dan saya nak pergi solat di
sana tetapi penjaga
hotel tempat kami menginap menasihatkan agar bersolat di masjid
berdekatan kerana bimbangkan keselamatan, maklumlah tengah gelap dan
untuk ke Al Masjidil Aqsa kita mesti masuk kota lama Baitul Maqdis
,melalui rumah-rumah lama dan lorong-lorong yang berliku, seolah-olah
kita hidup beratus-ratus tahun yang lampau. Saya tak puas tinggal
diBaitul Maqdis 2 malam, sedih rasanya meninggalkan Baitul Maqdis ,
sama sedihnya ketika saya nak kembali ke tanah air selepas tamat
belajar diMadinah 20 tahun dahulu. Insha` ALLAH, saya berazam, kalau
panjang umur, sekiranya Baitul Maqdis jatuh ke tangan umat Islam
kembali ,saya bercadang nak tinggal sebulan di sana .
Mengikut hadith apabila yahudi di usir keluar dari Baitul Maqdis, itu tandanya amat hampir dengan qiamat.
Saya ini bukan travel agensi , Saya sendiri yang uruskan makan minum (3
kali sehari , termasuk air panas dan sejuk 24 jam ) ,penginapan dan
pengangkutan semasa di Tanah suci. Dalam erti kata lain macam backpack
juga. Untuk lawatan kita boleh bincang bila nak melawat ke
tempat-tempat bersejarah di Makkah dan Madinah. Begitu juga penginapan,
nak yang murah, yang mahal semua boleh .
Sejak tahun 1994
hingga tahun lepas kami bermalam di Madinah 3 malam kerana tak puas 2
malam, lebih-lebih lagi saya pernah tinggal selama 6 tahun di Madinah.
Pernah saya bermalam 4 malam di Madinah, rasanya sebanyak 2 kali. Tahun
ini tak tahu lah nak tinggal berapa malam di Madinah. Kalau mahal
sangat 3 malam sahaja lah nampaknya. Harga hotel di Makkah pula
mengikut kategori, ianya lebih murah dari Madinah. Kos pengangkutan
pula seperti berikut:
Bas Besar ( 45 passengers ) : 2500RM
Coaster ( 25 passengers ) : 1700RM
Van/GMC : 1200RM
Ini
ialah harga pada tahun-tahun lepas. Pada tahun ini rasanya tidak
berubah.Kos pengangkutan juga bergantung kepada bilangan jemaah. Kalau
jemaah ramai dapat jimatkan kos tetapi kalau sedikit susah lah nak
cover. Begitu juga penginapan , kalau ramai mungkin 1 atau 2 orang
dapat percuma.
Sekiranya rombongan kita dalam lingkngan 18
orang ke atas biasanya saya sewa bas besar yang bermuatan 45 orang
kerana ianya lebih selesa.
Tentang penginapan pula memang
sejak dahulu lagi kami menginap di bilik yang mempunyai bilik air
didalamnya, bermakna bilik air tidak berkongsi dengan orang dari bilik
yang lain.Yang mana berkelamin saya letakkan 2 orang sebilik. Ceramah
atau tazkirah akan diadakan dan disampaikan oleh saya sendiri, insha`
ALLAH.
Harga pakej saya rasanya yang termurah kerana saya
sendiri yang uruskan semuanya seperti urusan penginapan,. Saya sendiri
yang akan menjadi travel guide.
Semasa ditanah suci nanti
insha` ALLAH , saya akan bawa jemaah melawat tempat-tempat bersejarah
yang tidak dibawa melawat oleh agensi. Jangan bimbang ya ! Saya tinggal
6 tahun disana semasa belajar dahulu. Saya hanya dapat pergi ke Makkah
sewaktu cuti semester sahaja kerana saya bekerja sebagai seorang
pensyarah disalah sebuah IPT.. Saya dapat kendalikan sendiri kerana
pengalaman saya sewaktu belajar di Madinah dari akhir tahun 1979 hingga
1985. Saya mempunyai banyak pengalaman semasa disana, termasuk
pengalaman mengendalikan kebajikan jemaah haji , mencari jemaah haji
yang sesat , cara nak berkomunikasi dengan tok `Arab yang kasar dan
lain-lain lagi. Diantara pengalaman yang tak dapat dilupakan ialah
mencari jemaah yang hilang. Ada diantara jemaah yang hilang tak dapat
dikesan oleh pihak tabung haji tetapi saya ada cara yang tersendiri
untuk mengesanya sehingga saya dapat menemui mereka yang sesat ini.
Cerita ini panjang .Mungkin lain kali saya akan ceritakan, insha`
ALLAH.
Setelah saya kembali ke Malaysia tahun 1985 saya
hanya dapat megerjakan umrah pada tahun 1989 ,iaitu dalam perjalanan
untuk menyambung pelajaran. kemudian pada tahun 1994 saya mula membawa
jemaah . ketika itu saudara-mara dan sahabat berhasrat nak berumrah.
Apabila mereka beritahu saya terlintas untuk menolong mereka kerana
dari pengalaman saya ramai jemaah haji dan umrah melakukan kesalahan
ketika berhaji dan berumrah. Saya terfikir kenapa nak biarkan mereka
pergi dengan syarikat atau penganjur yang lain ,yang mana setahu saya
semenjak saya masih belajar disana, pihak syarikat akan serahkan
kepada
wakil di sana, iaitu orang melayu Malaysia, Indonesia atau Patani yang
tinggal disana. Sewaktu ziarah pula wakil ini akan cari seorang tour
guide untuk memberi penerangan kepada jemaah . Saya juga pernah menjadi
tour guide semasa saya belajar disana dulu. Yang jadi masalahnya selalu
juga pelajar sibuk , jadi wakil disana akan cari siapa sahaja yang
boleh jadi tour guide. Dengan itu mungkin penerangan yang disampaikan
itu salah. Kita tak tahu samada mereka mempunyai pengetahuan tentang
agama atau tidak. Ada yang duduk bekerja sendiri disana dan mengaku
belajar. WALLAHU `AA`LAM.
Selama hampir 6 tahun saya belajar
di Universiti Madinah saya terlibat secara langung dengan urusan haji
dan umrah . Saya pernah diambil oleh Tabung Haji dan ditempatkan di zon
atau maktab (pejabat ) ,pernah juga saya berkhidmat di bahagian
hospital . Setiap hari saya akan berulang alik dari pejabat tabung haji
dan hospital-hospital di Madinah meninjau jemaah haji Malaysia sekali
gus menjadi perantara diantara pejabat tabung haji dengan hospital2 di
Madinah.
Saya juga pernah menjadi Tour Guide dengan berbagai-bagai syarikat diMalaysia termasuk syarikat MAS sewaktu musim umrah.
Sebelum
ini saya hanya pergi setahun sekali sahaja kecuali dalam tahun 2004
saya pergi 2 kali iaitu bulan 6 dan bulan puasa. Sebelum bulan puasa
saya tak dapat lagi taqwim semester . Selepas saya pulang umrah barulah
taqwim keluar dan saya dapati bulan puasa dalam tahun tersebut cuti.
Jadi saya pun pergi juga sekali lagi kerana nak rebut pahala besar
dalam bulan puasa. Apabila saya bersuara nak pergi umrah selalunya
kawan-kawan ,jiran dan orang-orang kampung akan Tanya kerana nak
tumpang pergi sama.
2 tahun lepas , Alhamdulillah saya dapat
berumrah 2 kali juga , kali pertama dari 5.5.2006 hingga 18.5.2006
seramai 23 orang jemaah dengan harga pakej 4100RM. Oleh kerana ada lagi
orang nak pergi tapi tak sempat kerana mereka beritahu saya lambat maka
saya suruh mereka tunggu saya pulang untuk mengendalikan urusan .
Setelah saya siap buat urusan Alhamdulillah saya berangkat untuk kali
kedua dari 13.6.2006 hingga 27.6.2006 ( 15 Hari ) seramai 9 orang
sahaja tetapi travel agensi pass kan jemaah dia seramai 7 orang . Jadi
jumlahnya 16 orang .
Sebenarnya tidak ramai orang ikut saya
( sila lihat jumlah jemaah yang saya catitkan diatas ). Walau pun
jemaah yang ikut sedikit sekiranya saya nak pergi saya tak kisah samada
ramai atau sedikit kerana saya tak fikirkan sangat soal keuntungan.
Selalunya saya tak dapat percuma ( saya pun kena keluar duit juga )
kerana jemaah tak ramai.
Sebagaimana yang saya telah
jelaskan bahawa pada tahun 2004 ,dalam bulan puasa hanya 7 orang yang
mengikut saya mengerjakan umrah . Di Makkah, kami yang seramai 8 orang
menaiki bas yang sama dengan rombongan 35 orang dari sebuah agency di
Johor untuk melawat persekitaran Makkah. Sepatutnya saya menaiki bas
yang saya sewa sendiri tanpa bercampur dengan orang lain tetapi oleh
kerana muassasah (consortium) nak untung maka dicampurlah kami dengan
rombongan lain. Saya boleh berkeras dan melaporkan kepada kementerian
Haji Arab Saudi tetapi saya tak mahu melakukan demikian kerana
memandangkan bulan puasa yang mulia. Tahun 2003 dulu saya pernah ugut
nak laporkan kepada kementerian Haji Arab Saudi , apa lagi wakil
konsortium merayu-rayu saya dan diberinya bas yang besar kepada
rombongan saya yang hanya berjumlah 11 orang sahaja.
Berbalik
kepada cerita tadi ketika bas nak bertolak saya hanya berdiam diri tak
mahu tampil kedepan kerana maklumlah saya sedar rombongan saya hanya 8
orang sedangkan mereka 35 orang, sudah tentu meeaka ada tour guide
tetapi apabila saya tak nampak seorang pun yang maju kedepan lantas
saya pun mengambil mikrofon dan tanya siapakah ketua rombongan dari
Johor tadi, kemudian tampil seorang haji (rombongannya panggil dia
ustaz dan memang orang panggil ketua rombongan umrah sebagai ustaz
walau pun dia bukan ustaz – senang dapat title ustaz ya, bawa rombongan
umrah orang akan panggil ustaz atau ustazah ???). Saya hulurkan
microphone kpdnya minta dia jadi tour guide tetapi dia jawab tak tahu
nak cakap apa. Katanya tour guide rombongannya ( orang yang tinggal di
Makkah ) ada hal dan tak dapat datang. Saya rasa kasihan kepada jemaah
itu lalu saya bertindak menjadi tour guide. Kawan-kawan saya seramai 7
orang itu semuanya ustaz-ustaz lecturer dari UM dan UIA. Kalau saya nak
terangkan kepada mereka pun cukuplah secara ringkas sahaja tetapi
kerana kasihankan jemaah yang ramai itu saya terpaksa berikan
penerangan dengan panjang lebar. Rakan-rakan saya suruh saya minta tips
dari ketua jemaah kerana memang ketua jemaah mesti bayar kpd tour guide
sebanyak 150RM tetapi saya tak melakukan demikian kerana saya inginkan
pahala ,lebih-lebih lagi bulan puasa. Walaubagimana pun ketua rombongan
itu masukkan dalam kocek saya 50 Rial.
Sebenarnya dah 3 kali
saya alami peristiwa yang sama sebelum ini. Kasihan jemaah ya ! Tujuan
saya bawa cerita ini ialah untuk mengingatkan kepada semua kalau kita
nak pergi umrah seboleh-bolehnya pergilah dengan orang yang pernah
belajar disana kerana dia tahu selok belok disana lebeh-lebeh lagi
ramai ketua rombongan ( termasuk ustaz-ustaz dan ada yang hafiz ) yang
memimpin jemaah umrah melakukan perkara yang salah semasa mengerjakan
umrah. Kita dah habiskan wang yang banyak untuk umrah ,sudah tentu kita
inginkan ibadah yang sempurna.
Untuk maklumat anda kenapa
saya beria-ria sangat mengajak orang pergi umrah dengan saya . Selain
dari tujuan untuk berdakwah dan membimbing jemaah supaya melakukan
umrah dengan cara yang betul mengikut cara yang dilakukan Nabi
sallallahu `alaihi wasallam ada satu lagi sebab,iaitu berkaitan dengan
syarikat agensi.
Sejak saya mula membawa jemaah berumrah dah
10 kali saya bertukar egensi untuk membeli tiket. Saya ada senarai
egensi yang di black list oleh caterer di Makkah dan Madinah .
Kebanyakan caterer di Makkah dan Madinah itu kawan-kawan saya . Mengapa
egensi2 ini di black list ? Sebab tak bayar wang makan. 2 Tahun lepas
salah seorang kawan saya (caterer ) pulang ke Malaysia dari Makkah
menjejaki beberapa syarikat yang berhutang dengannya sebanyak lebih
kurang 100000 Saudi Rial.
Masalahnya jemaah membayar pakej
penuh dan ini termasuk wang makan dan hotel tetapi ada sesetengah
egensi yang tak membayarnya di Makkah dan Madinah.
Dalam
erti kata lain anda bayar pakej penuh kepada ejensi untuk berumrah
tetapi mereka inilah yang tak bayar kpd Caterer di Makkah dan Madinah.
Egensi dan penganjur umrah yang jujur hanya berhutang sahaja tetapi ada
yang tidak jujur dan sengaja tak mahu bayar. Mungkin pada mulanya
mereka hanya nak berhutang sahaja untuk nak pusing duit atau modal
tetapi lama kelamaan hutang yang tertunggak itu menjadi banyak dan
berat nak membayarnya. Apabila caterer minta bayar macam-macam dalih
mereka. Akhir sekali caterer ini tak mahu lagi berurusan dengan mereka.
Dengan itu mereka akan pergi kepada caterer lain pula dan dibuatnya
macam itu juga. Begitulah mereka lari dari satu caterer kepada yang
lain. Egensi dan penganjur umrah penipu ini sudah tentu
banyak
wang kerana tak bayar wang makan kepada caterer sedangkan jemaah bayar
harga pakej penuh kepada mereka. Caterer pula tak sampai hati tak beri
makan kpd jemaah umrah kerana mereka dah bayar kpd ejensi .
Selain
itu ada juga syarikat ejensi dan penganjur umrah yang di black list
oleh tuanpunya2 hotel yang pernah mereka tempatkan jemaah mereka
menginap kerana masih berhutang dengan hotel-hotel itu.
Namun
begitu yang paling penting sekali ialah handaklah mencari orang yang
pandai tentang haji dan umrah kerana banyak kes yang berlaku penganjur
atau pembimbing yang kurang faham mengenai haji dan umrah mengeluarkan
berbagai-bagai fatwa yang salah kepada jemaah mereka. Insha ALALH saya
akan terangkan nanti.
Untuk pengetahuan semua, mengerjakan
haji dan umrah ini amat mudah sekali.Kita hanya perlu kerjakan rukun2
dan wajib-wajib haji sahaja. Tiada bacaan yang Khusus, terpulanglah nak
baca apa sahaja. Ada pun buku2 haji dan umrah yang banyak berada
dipasaran yang memuatkan berbagai-bagai bacaan hanyalah dikarang oleh
ulama sahaja sedangkan Nabi sendiri tidak mengkhususkan bacaan. Jadi
jangan keliru ya kerana saya banyak bertanya orang kenapa tak pergi
haji atau umrah . Mereka jawab susah nak melancar bacaan ( doa ). Ini
sudah salah kerana tiada bacaan yang khusus untuk melaksanakannya.
Menyedari kesilapan ini Alhamdulillah saya telah pun mengarang sebuah
buku tentang haji dan umrah. Sebelum ini saya attach kan buku ini
kepada sesiapa yang
memintanya tetapi sekarang saya tak boleh
attach kan lagi kerana ianya akan diterbitkan oleh Al hidayah
Publisher. Walaubagaimana pun saya boleh attach kan ringkasannya.
Oleh itu nasihat saya berhati-hatilah supaya umrah kita benar-benar mabrurah.
Dengan
ini saya mengajak sesiapa yang berminat nak ikut serta boleh lah e mail
kat saya secepat mungkin kerana saya bercadang nak pergi pada hujung
Mei atau bulan April . Harap warwarkan juga kepada kenalan dan saudara
mara anda. Seperti yang saya jelaskan kalau makin ramai makin murah
kerana boleh cover bayaran bas.
Sekian semoga penjelasan
saya ini bermanfaat. Saya juga minta maaf kerana hantar mesej yamg
panjang. Saya sebenarnya nak terangkan apa yang biasa berlaku sebelum
dan sewaktu mengerjakan umrah agar jadi panduan bagi yang membaca.
Semoga kita semua dirahmati ALLAH. Aamin.Ya RABBAL `AALAMIN. Wassalaamu`alaikum warahmatullaahi wabarakaatuh.
Saudaramu Sesama Islam